Kahwin PKPD di Kuantan, Pahang

Assalammualaikum...

Ha you guys sampai sini mesti tengah cari info macam mana kahwin ketika PKP? kan kan?

Okayyy entry kali ni I nak menceritakan kepayahan kahwin semasa negara kita dilanda Corona Virus 19. Itu lah ujian kata orang kalau nak mendirikan masjid ada je dugaan lah halangan lah sampai rasa patah semangat na berkahwin ✿✿ Heip Heip jangan macam tu....

I nak cerita sedikit perjalanan sebelum berkahwin. My partner and I decided untuk berkahwin masa tu last year 2020 bulan 8 hmm I x ingat sgt. So, our both parents planned nak meminang sekali bertunang bulan Mac 2021 dan berkahwin pada bulan June 2021. Ketetapan tarikh tak decide lg masa tu. Na dijadikan cerita Pilihan Raya di Sabah memberi effect yang sangat dasyat di mana 4 angka setiap hari. 
Dan negeri Selangor dan Wilayah jadi PKP sebab angka yang menggila. 

So, tak jadilah meminang dan bertunang pada bulan Mac 2021. 
Disebabkan sekarang macam-macam boleh berlaku. 
Sekejap PKP, PKPD, PKPB dan PKPP so my partner & I plan na kahwin terus bulan June. 
Lepas dia tamat Kursus  di Selangor bulan May 2021. 

My partner berkerja sebagai Airforce dan bertugas di Pukalub Sabah.
Pada bulan Jan 2021, my partner ada kursus di Puchong Selangor dan tamat pada bulan May 2021.
Aiyooo apa ni? Boleh ke my partner settle down semua in one month?

Firstly, kalau nak berkahwin you kena tahu what is the docs yang perlu u guys prepare? 
Mana-mana Jabatan Agama di Malaysia semua sama di mana you wajib pergi kursus pra perkahwinan untuk dapatkan sijil
. Cuma sekarang kan pandemic jadi kepada yang tidak pernah buat kursus itu mmg you kena join yang online. Tapi you kena tanya either tempat you nak nikah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) terima ke sijil kursus pra-perkahwinan dalam bentuk online? Nanti2 syiok buat at last kena reject.
Macam di Kuantan, Pahang tiada isu tentang sijil online ke offline. Tidak silap, setiap PAID ada anjurkan kursus ini but you kena lah alert dan ambil tahu. Cari di FB Page atau website. Kalau tak reti, call je directly PAID tempat masing-masing. SENANG.

So I nak share dengan you guys how I managed the borangs semua tu. 

I orang Pekan,Pahang and tinggal di Kuantan and my partner orang Sabah dan tinggal di Sabah dan merupakan seorang Tentera Udara (Airforce).

Jadi, I tak boleh settle my part selagi mana my partner x settle dia punya part.
Sooo complicated tau ㋛㋛㋛ kenapa complicated??

Sebab kami ada 1 bulan untuk settle, disebabkan covid ni jadi urusan perlu buat appointment dan macam2 lagi sebab dia duduk di Sabah jadi dokumen bukan sampai 2 3 hari. Seminggu juga terbuang masa ㋛㋛

My partner supposedly ended his practical on 7 Mei n start to settle after Lembaran . Haish down tau sbb tak logik nak settle for 2 weeks. MENGAROTT!! 
But Alhamdulillah my partner dapat pelepasan awal 1 minggu. So, my partner settle everything in 1 week before raya. Before Raya dia pos all the docs yang I nak guna J&T. So dokumennya apa eh?


Disebabkan my partner menetap di Kota Kinabalu Sabah. Kena prepare apa ya?

Salinan diminta

1. IC pemohon dan pasangan
2. Surat kelahiran pemohon dan pasangan
3. Sijil Kursus Pra Perkahwinan
4. IC Bapa dan ibu pemohon dan pasangan
5. Salinan keputusan HIV pemohon dan Pasangan
6. Slip Gaji pemohon
7. Sijil Nikah ibubapa pemohon dan pasangan
8. Salinan IC saksi borang 

Macam my partner dia kena pergi Kem Lok Kawi untuk dapatkan surat kebenaran nikah sebagai seorang Tentera. Salinan diminta di atas itu dalam 3 copies. Actually depend on base juga. Kalau minta 4 so prepare 4.  Salinan di atas perlu dapat pengesahan dari orang selayaknya memberi pengesahan. Contoh macam my partner, dia dapatkan pengesahan dari Pegawai TUDM. 

Untuk berkahwin ni pertama kali u guys kena pergi Kursus Kahwin ye untuk dapatkan Sijil Kursus Pra perkahwinan. Dalam kursus tu byk knowledges u boleh dapat. Boleh tanya sekiranya ada kekeliruan. Macam my partner, dia dah joined masa awal2 dia masuk Tentera. Macam I, bulan Feb 2021 baru ambil tu pun mujur ada kosong. RM120 untuk 1 hari dan tru online je huhuhu maheiii benorr. 

After that, buat ujian HIV di KLINIK KESIHATAN KERAJAAN SAHAJA yeeeeee!!!! Jangan hampa pi buat kat Klinik Panel lah Klinik Swasta nahhh... Hanya result dr KK Kerajaan sahaja diterima. hihihi kenapa??? Sebabnya untuk mengelak dari keputusan palsu. Tu ja. 

So, I buat di Klinik Kesihatan Paya Besar Ktn. Nak p ni I call dulu depa mcm mana procedure covid2 ni an? Kang pipi xdpt buat. Risauuuu eh... Kadang2 risauuuu... So, ini yang I ckp jenuhh. So I buat appointment untuk buat Saringan ni dan my partner buat di KK Banding pun tru appointment. 
Tak boleh main redah mak kau jeeee.... 

Pendaftaran Kahwin within 3 month before tarikh akad nikah
HIV within 6 months before tarikh akad nikah. Kalau lebih dari 6 bulan? ☹☹ Buat la semula....

Okay dah selingan....

My partner pergi ke KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA (KAGAT) di Kem Lok Kawi untuk mendapatkan borang 

1. BAT  D 193 (Surat Kebenaran Nikah)

Borang ni warna hijau dan kena fill up details yang dipinta lah. 
Dalam borang minta keterangan anggota dan pasangan serta pengesahan dari Pegawai Agama Pasukan/Pangkalan

2. BAT D 218 (Borang Permohonan Kebenaran Nikah)

Borang ni warna putih dan kena juga fill up details yang dipinta. Ada keterangan 
1. Perbelanjaan iaitu mas kahwin & Hantaran atau perbelajaan lain secara Tunai//Hutang
2. Keterangan isteri dan perakuan wali bagi perempuan dan perakuan pemohon 
3. Perakuan dari Pegawai Memerintah/Pemerintah
4. Pengesahan dari Pegawai Agama
5. Memerlukan catitan daripada 
-Pegawai Penjaga/PW/PTTK Seksyen
- Ketua Seksyen/Cawangan
-Catitan oleh Peg PEkhidmatan Anggota
-Catitan oleh Ketua Cawang Tadbir 
-Catitan dari PEgawai Memerintah

My partner juga dapatkan surat pengesahan status anggota dari Pegawai Memerintah yang menyatakan masih Bujanggg ὣ dan surat kebenaran nikah anggota tentera dengan nama pasnagan.

Setelah selesai surat kebenaran pihak berkuasa (Tentera/Polis) kalau badan beruniform lain I tak pasti.
Boleh move to Surat Kebenaran Negeri so macam dia stay di KK Sabah so kena dapatkan kebenaran dari Pej Agama Islam Sabah. Dengan RM5, just fill up details yang dipinta so dalam borang ni dia minta 2 orang saksi borang. Saksi borang tak kisah sesiapa asalkan

1. Islam
2. Lelaki
3. Umur 18 Thn ke atas
4. Waras dan bertanggungjawap. OK? Faham? ヅ

Borang tersebut juga minta pengesahan status dan pemastautin. So, boleh dapatkan daripada Majikan/Penghulu/Ketua Kg/Pengerusi JKKK/Pengerusi JK Kg.
Result HIV pun jangan lupa yeee... Either u guys Reactive/Non-Reactive. Kalau Non-Reactive, Alhamdulillah. But if sebaliknya, u guys kena pg counselling session.. Untuk HIV, ni I dah bg link untuk u guys print ye. Ada certain KK ada provide. Kalau KK jenis kedekut tu mmg suruh self-print je lah. Print 2 helai. Sebb 1 untuk Pej Agama dan 1 lagi untuk rekod KK. 



Selepas borang kebenaran dah lengkap, sila lah pergi ke Pej Agama untuk dapatkan kelulusan yeee dan Depa akan bagi Akuan kebenaran kahwin luar negara/negeri/daerah/kariah.

Setelah my partner completed his part then he sent to me by J&T. In one week lah sampai ke tangan.

After that, what is my action? Kalau di Pahang tidak perlu dapatkan borang permohonan di Kaunter. Waste time ja. Just register tru online je ye rakan-rakan. Ini link nya..


So untuk yang first time, sila lah register. Dalam website tu dia dah bg Guideline. P cari sendiri, jangan malaihhh.  Dah settle register. Boleh lah start apply permohonan ye. Lengkapkan. Dah settle just submit n hantar. Then print semua tu yeeee....Eh Print yang berkaitan jee..

1. Senarai semak dokumen (Perempuan)

Salinan IC Pemohon, Wali dan Pasangan Pemohonan
Salinan sijil kelahiran pemohon dan wali
Salinan sijil nikah wali
Salinan IC saksi borang (2 Orang)
Salinan sijil kursus pra perkahwinan
Salinan Borang Kebenaran nikah Tentera 2 fotokopi yeee (Tapi time I dia xminta, just prepare in case)

2. Permohonan untuk kebenaran berkahwin

Wali sila tanda tangan yek!
Saksi borang 2 orang sila tanda tangan yek!
Pemohon jangan lupa sign!!
Cop dan tanda tangan Wali Hakim/Jurunikah mukim you guys
Last Catitan dan PAID Kuantan (Lasttttt after settled!)

3. Slip permohonan online

4. Akuan Pemaustatin (Dapatkan pengesahan dari yang berkaitan)

After dah dapat cop walihakim/jurunikah dan pengesahan dari Penghulu boleh lah ke PAID untuk dapatkan akuan kebenaran tu.
 Nak dapatkan Catitan dari PAID kena buat appointment kaunter yeee rakan-rakan. Appointment boleh dilakukan melalui panggilan. 
Ni office no PAID Kuantan:
09-512 6770 

Appointment I masa tu jam 11:30am. Pukul 11am, I dah terpacak depan PAID hahahahaha
5 orang je dalam 1 masa. Then kena ikut SOP. Tunggu turn.

My turn time tu alhamdulillah borang tiada masalah. I kena bayar RM15 (Cash only) and please bawa duit tu cukup2 RM15. Jangan buang masa ustaz yang nak semak borang nak cari duit kecil nak bagi balance. Melambatkan kerja orang lain yeee...

PAID akan bagi manual receipt. After 3 working days boleh datang ambil catatan akad nikah dan dapat official receipt yang bayar RM15. Catatan tu macam kertas sijil tu

Dalam catatan tu kena semak semula butiran either betul ke tidak yang telah ditulis. Catatan tu tak perlu buat apa. Just bawa ke tempat akad nikah nanti okay.

Next, kena ws personally no yang dia akan untuk kita booking tarikh dan masa dan di mana kita nak akad nikah tu. Nnt PIC akan bg 1 form untuk you tulis. Dalam form tu ada juga dia mention siapa kita nak bawa masuk dalam tempat akad nikah tu. I letak my mom n my MIL. 

Time I dulu kena buat akad nikah kat Pejabat Agama sahaja sebab PKP kan. Hmmm Terima jelah.
Okay hopefully entry kali ini membantu you guys yang masih terpinga-pinga, I faham sbb I pun macam tu juga masa awal-awal tu. 


Jangan lupa visit my next entry. Entry itu kisah tentang persiapan perkahwinan...BYEE









Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman praktikal di DOSM Putrajaya

UiTM Tapah, Perak. Best ker??

Degree di UiTM Kota Bharu