Short vocay ke Sabah Bha

Assalammualaikum,

Hai malam ni aku tetiba rajin nak menaip puleksss. Okay sebab baru ada mood and masa nak update. Kali ni na update pasal baru2 ni aku ada not too short vocay. hehehe. This is my 3rd times dalam bervocay ni. Xde niat nak jadi traveller pon tapi its just my satisfaction and to release stress bcs Im still student and study.

For my 1st travel, classmate and I have chosen Langkawi as destination for celebrating our end of semester during diploma. HAHA and after 2days I have a short vocay with my pretty besties #JOYAYES yassss and we have chosen penang as our destination. Tapi kami xtry lak pulok nasi kadaq kan. hehehe

Orite aku xmau sembang pasai tu. Yg aku nak sembang is my 3rd travel. Aku pilih Sabah sebagai destination. Ni vocation aku and si dia. Kebetulan dia orang Sabah kan so ini dapat menjimatkan lagi wang di poket and bank ku yg xseberapa ni. Plus boleh kenal terus his big family.

So we decided to go to Semporna, Kundasang and Kota Kinabalu.

10/2/1017
Gerak ke Putrajaya Sentral menaiki bas (RM28.30) dari Kuantan pukul 4 petang and sampai around 9mlm. 
Then dinner kat situ. Naik train ke KLIA 2 (RM9.60). 
Actually flight kami pukul 7.15 am keesokkannya and our boarding time 6.40am so ada masa la untuk rest. Biar sampai awai jgn lewat sudah. 
Btw ticket flight yg aku beli ni KL -> TWU (RM 137.00) per head. beli sebulan awal !


Ni pic kami dalam kapal. 
Actually, ada kisah agak sedih + kelakar hahaha. Kita orang tertinggal flight 7.15 tu. 😂😂😂😂😂

Masa kita orang sampai je gate dia. Kapal dah undur. Aku minta dengan orang yang incharge tu suh patah balik kapal tu. * selamba je yek aku ! Tapi she has refused. waaaaa na nangis n tercirit time tu. Bengang sangat, salah kami juga. Igt sempat la kejar at last x sempat. Aku akan igt gate J18 sampai bila2 Hmmmp. 
Reason terlewat sbb "natural call" dah drag masa kami. Solat lagi. Dan bila dah masuk gate si dia ralit beli roti untuk anak manakan and kawan2 dia. Maklumlah roti gardiner kan sedap di semenajung.👅👅

Tak pasai lah kami beli tiket next flight. 2x ganda kotttt. Lari budget kami. eh Budget dia. disebabkan salah dia. So, plis pay my ticket. HAHA. 

Accident tu buat muka kite org merah dan x bcakap each other sbb terkenangkan fulus yang terbang begitu sahaja. So the moral is be punctual k!


Muka harapan jangan lah diulang kesilapan lalu. Nangis x berlagu. Xpasai kena berletiaq an Ma and MIL to be ( hehe )... Time ni aku merajuk lagi. Dia kata jangan lah merajuk bukan duit aku yang melayang tp duit dia. Hmp memang lah kan. Tp kesalahan macam ni ralat sungguh tauuu. Tapi aku +ve jerr.. Maybe perjalanan yang ni lebih baik untuk aku dan dia.


Perjalanan dari KL ke Tawau mengambil masa hampir 3 jam lah. Perasaan aku ni excited sangat sampai aku xleh nak lena lah tapi orang sebelah aku ni siap nganga lagi. Adoi...👊👊

Finally 1.20 pm safely landed. For the first time jumpa family si dia. Seriously, they were so nice and xtahu nak kata apa. Terkejut juga sebab big family kan. HAHA aku ni pemalu so I just talk not less and more. Dia kata aku ni okay lah an family dia. Lain la apa yg dia fikirkan. Well ni fitrah lah hahaha... Mana2 jumpa fitrah ni pasti jatuh cinta. Eh perasan puleks. 👱

Selama 5hari di Semporna. Dia bawa aku jalan2 di sana. A lots of place yg cantik2 yang korang kena pergi hehe. Ikut tentatif, nak pg Pulau Mabul tapi cuaca tak mengizinkan. So, xde rezeki. InshaaAllah lain kali. Nampak tak dia suh mai lagi. (Dalam hati memang nakkkkk) hehe


♂ Ni tempat kalau korang nak mandi laut. Entrance fee just RM2 perhead. hehe Banyak jer selain Warisan ni. (Semporna)


♂ Orang tu nak bawa ite pergi date kat floating. Okay Dragon Inn Floating ye. Kat sini cantik weh view dia. Tapi aku just minum and tgk2 jenis ikan jer. Entrance fee aku xberapa igt berapa tp bwh RM5 xsilap lah. Ambik pic kat sini gempak sikit.


Acah Jamal Adillah lak . wekk ❤


Angin laut dia kuat sbb time ni musim angin kuat 


Perkena Teh Nai (Teh ais) + Fries


Okay next day. 8 am plan nak naik Bukit Tengkorak kalau kat Semenanjung mcm pukul 9 macam tulah. Sumpah jatuh cinta dengan view dia dr atas. Macam dalam lukisan. Serious ! Korang tgk la gambar2 ni 👇


Dari sini boleh nampak Pulau BumBum tau !




Yang tu tangga naik Bukit Tengkorak


Ni pulak Muzium berhadapan dengan Bukit Tengkorak. Tak silap percuma jer masuk, just tulis nama jerrr...


Peta Daerah Semporna







Lepas daki bukit, bfast lah. Aku roti telur and dia mi goreng basah tapi rupanya kalau kat semenanjung me ladna gitu tp xsama lah. (lebih kurang rupa dia) hahahaha ◕‿◕


Belah petang pula. Kami pergi Tg Perapat. Seriously, cantik lah tempat dia. Kalau nak tenangkan diri boleh cari and pergi ke sini okay. I love it. ! ♥♡♥♡♥♡



Acah2 pulekkkk. hehehe

Hari yang keenam, pagi2 lagi dah bertolak ke Kundasang dari Semporna. OMG so mencabar jalannya. Tuhan jer tahu keletihan yang di alami. Tapi kami bermalam di Ranau. Plan awal igt nak menginap kat Mesilau. Tapi ada sedikit masalah terpaksa pilih Ranau. 
Pergi Kundasang (Desa Dairy Farm) keesokkannya. Entrance fee RM5 per head. Haaaaa cantik weh tapi tulah time ni berkabus aje. Hujan jer. Tu xberapa nak aummm sgt. 
Seperti mengerti hati ini yelah time ni dapat result sem 3 (Degree)

Belakang tu lembu yeeee.... comot je tgk depan2. kesian sbb diurung lalat.


Alah kabus lak kat belakang.



Bapa and adik2 beliau. hehe pekena ais krim sat. around Rm5 ++ lah kalau plain. Nak toping maybe add dalam RM1++.  Kami ambik plain sbb toping da habis. Sadis betoi. Ada 2 flavor. Chocolate and Yogurt. U should choose yogurt. better kot.


Kundasang ni more to sayur lah. Ada juga Strawberry farm but Cameron much better lah. 


Entrance fee : RM2 per head. hmmm boleh lah. 



Ini pula Kinabalu Park. Entrance fee: RM3 per head. Tapi tak tahu lah apa lagi ada dalam ni sebab xmasuk dalam sangat. Plus rush sgt time ni. 




Cantik kannnn?? hehe ♥♡


Wajib bergambaq kat sini. Depan waterfront. HEHE orang tu marah kita sebab kita berbual dengan lelaki pelancong asing. At last dia pujuk bergambaq kat sini.


Gayat sikit tapi best (Waterfront)

Muzium Sabah and for those yang 1st time nak melawat Sabah. Pergi lah Muzium Sabah. a lot of things boleh dapat. (especially information about the culture)..


takot nak p tengah. buat nya jatuh tenggelam hahaha



Rangka ikan paus. Real tau. Besaq sungguh.


Awak nanti tite kawen. kita nak pakai baju ni boleh? Baju adat kaum Bajau. Plis tunaikan impian iteee.. 👉👈


Banyak jer gambarnye. Tapi cukup lah apa yang aku update ni. HEHE Harap ada lagi rezeki mai sini. Masih xpuas berjalan di negeri di bawah bayu ni . BYE BYE

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman praktikal di DOSM Putrajaya

Degree di UiTM Kota Bharu

UiTM Tapah, Perak. Best ker??